Penerangan Segan api (burung)

Segan api ialah salah satu daripada ahli keluarga Podargidae yang lebih kecil. Semasa dewasa, panjangnya boleh mencapai antara 24.5 dan 27.5 sentimeter (9.6 dan 10.8 in)[5] dan beratnya kira-kira 50 gram (1.8 oz).[6] Buluannya perang dan kelabu, menyerupai kulit pokok.[3] Buluan tersebut ialah bulu samar yang lembut dan berbelang-belang. Penampilan fizikalnya berbeza berbanding spesies lain dengan tanda hitam yang lebih menonjol di atas dadanya serta tiada warna merah keperangan pada dada.[5] Segan api ialah dikromatik seksual yang paling ketara antara kesemua segan.[6] Jantannya berwarna perang keruh. Bahagian atas banyak ditanda dengan hitam, terutamanya di kepala, dengan tanda keputihan tebal yang tidak teratur terutamanya pada skapular dan bahu atas yang membentuk leher putih. Bahagian bawahnya banyak dan kerap ditandakan dengan hitam, putih dan merah keperangan. Betina lebih seragam berwarna merah keperangan, dengan tompok-tompok putih berbucu hitam tidak sekata pada bahu atas, skapular, dan bahagian bawah.[4] Jantan lebih kusam warnanya berbanding betina.[3] Segan umumnya boleh dicam dengan kepala dan badan yang besar berbanding dengan kaki dan kaki kecilnya. Ciri ini menghalangnya daripada berjalan dan menjadikannya kerap bergerak secara arboreal.[3] Ia mempunyai paruh besar yang tebal dan kuat dilitupi dengan bulu kejur di pangkalnya. Kegunaan bulu kejur di mukanya banyak dibahaskan oleh ahli biologi. Hipotesis yang paling popular ialah burung itu akan menggunakannya untuk mengesan serangga dan mengetahui bila perlu menutup paruh pada invertebrata apabila ia dekat di mulutnya.[3] Ia mempunyai bulu kejur muka panjang tambahan yang disyaki untuk melindungi mata. Ia juga mempunyai mata kuning bulat yang besar untuk membantunya melihat dalam gelap pada waktu malam.[4] Ia mempunyai sayap bulat pendek dan ekor yang mirip kawasan kediamannya.[3] Memandangkan ia tidak berbeza daripada segan lain kecuali beberapa lainan warna, cara terbaik untuk mengenalpasti segan api adalah dengan seruannya.[7]

Anaknya dilahirkan dengan bulu gebu putih yang digantikan dengan bulu gebu yang lebih gelap dan kelabu sebelum buluan juvenil diperoleh.[3] Ia juga mempunyai warna hangat di bulu atasnya dengan sorot hitam dan perang pucat. Ia tidak mempunyai leher nuka yang hanya muncul selepas salinan bulu primer.[5]

Rujukan

WikiPedia: Segan api (burung) //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2018-2.RLTS.T22689607A... https://www.hbw.com/species/hodgsons-frogmouth-bat... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://www.ncbi.nlm.nih.gov/Taxonomy/Browser/wwwt... https://animaldiversity.org/accounts/Batrachostomu... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://ebird.org/species/hodfro1 https://www.gbif.org/species/2497128 https://www.inaturalist.org/taxa/19688 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=10...